Description
Buku ini membincangkan perkembangan Undang-Undang Islam dalam tiga peringkat masa iaitu zaman awal Islam sehingga zaman penjajahan Barat dan selepas mencapai kemerdekaan negara-negara Islam.
Kandungan buku ini secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga tema:
- Perkembangan Undang-undang Islam bermula dari zaman Rasulullah sehingga zaman pengkanunan Undang-undang Islam dalam masa pemerintahan penjajah Barat.
- Perkembangan Undang-undang Islam selepas negara negara Islam mencapai kemerdekaan, dalamnya terdapat reformasi undang-undang Islam dengan pendedahan Perlembagaan Madinah sebagai asas utama kepada tuntutan pelaksanan Undang-undang Islam, kerana ia merupakan undang-undang dasar negara.
- Perbincangan seterusnya adalah mengenai aspek ketinggian Undang-undang Islam serta isu-isu yang timbul pada masa kebelakangan ini tentang pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia di mana dikupas secara lebih mendalam di dalam buku ini.
Buku ini amatlah penting bagi mereka yang ingin mendalami perundangan Islam terutamanya golongan mahasiswa-mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan swasta.
Selamat membaca!
Reviews
There are no reviews yet.