Description
Buku Sumber undang-undang Islam dan pandangan Orientalis ini membincangkan pelbagai aspek yang berhubung dengan sumber undang-undang Islam, baik yang berasal daripada al-Quran dan as-Sunnah mahupun ijma’ dan qiyas. Perbincangan juga mencakup bidang istihsan, istislah, taqliq, istifta’, dan ikhtilaf al-Fuqaha.
Selain itu, buku ini juga membincangkan kaedah-kaedah fiqh, pandangan orientalis, dan tanggapan mereka terhadap beberapa sumber dan doktrin syariah seperti al-Quran dan as-Sunnah, di samping huraian tentang ikhtilaf serta hubungan undang-undang Islam dengan undang-undang Roman.
Buku ini merupakan sumbangan kepada khazanah fiqh dalam menyingkap kembali dengan lebih jelas mengenai sumber undang-undang Islam dan hal-hal yang berhubung dengannya.
Tidak syak lagi, buku ini dapat membantu anda yang berminat untuk memahami sumber-sumber perundangan Islam, sama ada daripada golongan akademik dan lain-lain.
Selamat membaca!
Reviews
There are no reviews yet.