SIRI PENYIASAT MUDA 4 BUAH BUKU
RM48.00 48 Add to basket

SIRI PENYIASAT MUDA 4 BUAH BUKU

RM48.00

Siri 1 Penyiasat Muda – Pemilihan

Satya, Asif dan Yong telah dibawa secara tiba-tiba oleh pihak berkuasa, sedangkan mereka tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan. Mereka dibawa pergi ke Akademi Penyiasat Muda dan melalui sesi latihan di sana. Lama-kelamaan, mereka boleh menerima hakikat bawa mereka ialah bakal Penyiasat Muda yang sedang menjalani latihan fizikal serta mental. Dengan kesungguhan dan semangat kerjasama antara satu sama lain, mereka berjaya melepasi segala cabaran sepanjang tempoh pemilihan Penyiasat Muda.

Siri 2 Penyiasat Muda – Mahligai Kristal Biru

Ameera terperanjat dan tidak menyangka lelaki yang dianggapnya sebagai pak cik sanggup memburuk-burukkan ayahnya. Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah, namun ayah Ameera sudah menganggap lelaki itu sebagai keluarganya. Konflik timbul apabila dia tidak berpuas hati kerana ayah Ameera ingin dermakan berlian itu kepada kerajaan untuk diletakkan di muzium.  Sebaliknya, Khair ingin menjualnya. Bermula dari situlah hubungan mereka menjadi renggang. Ahli Penyiasat Muda dan Puteri Kristal berjaya merungkai misteri. Alangkah terperanjatnya mereka kerana didapati kebanyakan mereka ialah pekerja di estet Encik Ameer.

Siri 3 Penyiasat Muda – Pulau Impian

Ahli Penyiasat Muda sangat musykil kenapa di Pulau Impian hanya ada warga tua sahaja. Mereka semua hanya mendiamkan diri apabila ditanya. Siasatan demi siasatan dilakukan. Beberapa ahli Penyiasat Muda dan Puteri Kristal dipilih untuk menjalankan aktiviti penyamaran sebagai pekerja kilang Gulamadu, manakala selebihnya memantau pergerakan dan menyampaikan maklumat. Mereka menumpaskan rancangan lelaki jahat yang ingin mengancurkan masa depan kanak-kanak. Ternyata kilang tempat mereka menyamar ialah kilang yang memproses dan mencampur dadah dalam gula-gula.

Siri 4 Penyiasat Muda – Pesta Layang-layang

Ahli Penyiasat Muda meneruskan penyiasatan mengenal pasti punca kesemua layang-layang rebah ke tanah. Mereka semua menyertai pesta layang-layang dan pada masa yang sama menyaksikan kekeliruan yang berlaku. Kekecohan ditimbulkan oleh sebuah lelayang todak yang memintas semua bebenang lelayang peserta lain. Persoalan demi persoalan berjaya diselesaikan oleh para penyiasat muda. Akhirnya, ahli Penyiasat Muda dan Puteri Kristal pun bergabung dan berada bawah satu nama kumpulan.

Additional information

Weight 400 g