Hamka dan Misi Pembebasan merupakan sebuah rangkuman idea-idea besar HAMKA dalam isu pembebasan yang tertuang dalam novel-novel dan cerpen yang beliau hasilkan. Justeru itu, buku ini membincangkan tentang HAMKA dan sumbangan beliau kepada kemanusiaan dalam misi pembebasan.
Dimensi pembebasan yang diperjuangkan oleh beliau merangkumi pembebasan akidah, pembebasan daripada taklid buta, pembebasan daripada hawa nafsu, pembebasan daripada kemaruk kebendaan, pembebasan daripada kongkongan adat Minangkabau dan pembebasan golongan terpinggir. Buku ini pastinya meninggalkan kesan kepada emosi dan jiwa pembaca dalam mencari diri dan jiwa yang hilang. Jelasnya, di sebalik keluhuran karya Hamka tersirat sebuah perjuangan