Shopping Cart

Asas Kelestarian Ting 4

ERATA BUKU

PQ_Erata_AK_T4

MANUAL PENAMPALAN ERATA

Manual Penggunaan

Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 merupakan salah satu Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas yang memfokus pada bidang teknologi. Buku ini ditulis dan diterbitkan bagi membantu dan mempersiapkan para pelajar untuk memenuhi kehendak industri berkaitan teknologi selain memastikan kepekaan pelajar terhadap isu alam sekitar.

PANEL PENULIS

Azhar Bin Sulaiman

Cikgu Azhar Bin Sulaiman memperolehi kelulusan awal dari Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang dalam kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada tahun 1996. Kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (UTM) dalam Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) pada tahun 2001 dan seterusnya ke peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UteM) pada tahun 2014. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Sekarang beliau menjadi tenaga pengajar bagi kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Banting, Selangor.

Mohamad Bin Abu Daud

Cikgu Mohamad Bin Abu Daud berasal dari Temerloh, Pahang enam dekad yang lalu. Mendapat pendidikan asas dan menengah di Temerloh dan Kuantan. Memiliki Diploma Perguruan MPSI, Ijazah Sains Sosial UKM, Ijazah Sarjana (UM). Berpengalaman dalam dunia pendidikan sejak 1975 hingga kini(40 tahun) di sekolah dan IPGM. Kepakaran menjurus kepada kelestarian persekitaran, latihan keguruan, pedagogi, psikologi pendidikan dan pentaksiran. Pernah menulis buku dan artikel dalam jurnal pendidikan. Kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (akademik) di Yayasan Pendidikan Islam. Di samping itu, menjadi pensyarah Ilmu Pendidikan di Kolej Dar Al Hikmah.

TIM EDITORIAL

Editor: Muhammad Zulfadhli Bin Abd Rahman

Pereka Bentuk: Muhamad Faizal Bin Mokhtar

Illustrator: Maski Yu Bin Latif Yu