Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, satu mesej yang memohon untuk menyokong produk kami telah menjadi tular di dalam whatsapp dan telegram. Di sini kami ingin menegaskan bahawa mesej ini bukan datang dari pihak kami. Sebagai sebuah syarikat yang telah bertapak dalam industri penerbitan negara sejak tahĂșn 1987, kami di Aras Mega sentiasa menjadikan kualiti dan nilai etika mulia sebagai teras utama dalam menghasilkan produk-produk kami. Kami ingin pembaca membeli bahan penerbitan kami kerana kualitinya yang baik, bukan disebabkan sebarang sentimen yang tidak berasas. Kami percaya, hanya dengan memfokus pada kualiti produk yang tinggi dan amalan etika yang terpuji serta profesional, sesebuah syarikat itu akan berdaya maju dan berdaya saing.
Terima kasih di atas sokongan yang diberikan sepanjang 32 tahun kami beroperasi.
Assalamualaikum.