Seteguh Tembok Andalusia merupakan buku umum sejarah yang memuatkan kisah sebuah kerajaan Islam Sepanyol selama lebih 805 tahun menapak. Cahaya Islam telah datang menyinari negara yang penuh dengan zaman kegelapan dan kejahilan ditambah dengan gangguan daripada pemimpin yang zalim. Pembuka kepada cahaya Islam ini ialah Tariq bin Ziyad. Abdul Aziz merupakan pemimpin pertama bagi Andalusia pada ketika itu.
Namun begitu, walaupun Islam telah menguasai Sepanyol, beberapa siri peperangan masih lagi berlaku antaranya ialah Balat Syuhada’. Kemuncak kepada pemberontakan untuk merampas kembali Kota Andalusia dari tangan orang Islam bermula apabila krisis dalaman yang berlaku, yang akhirnya diintai oleh Fernando dan Isabella yang mula menyusun strategi untuk meruntuhkan tembok Andalusia itu.