Laluan Mudah ke Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab merupakan sebuah buku yang mengandungi beberapa ayat al-Quran, hadith, dan teks lain yang dapat memandu pembacanya dalam melaksanakan amalan dan ibadat kepada Allah SWT sekali gus melayakkan mereka ke syurga tanpa hisab dan tanpa azab.
Terdapat enam bab dalam buku ini yang memperkatakan tentang nikmat syurga, kunci syurga, golongan yang akan ke syurga, orang yang dijanjikan syurga dan sifat-sifat yang dimiliki oleh penghuni syurga. Meletakkan syurga sebagai destinasi yang diimpikan oleh semua manusia, buku ini boleh menjadi panduan yang mudah dan senang untuk difahami oleh para pembaca.
Antara yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana ketaatan dan kepatuhan terhadap lima Rukun Islam mampu membawa kita ke syurga serta amalan-amalan lain yang boleh dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan ini.
Penulis: Hajah Aminah Zakaria, Che Radhiah Mezah, Normah Mohd Ariff